Tuesday, June 28, 2011

allah turunkan dugaan untuk hambanya yang terpilih

- aku diuji sekali lagi.. semoga aku sentiasa kuat untuk mengahrungi dugaan yang mendatang -

- Jika ALLAH tak turunkan ujian dan dugaan mungkin selamanya aku akan terus terleka -

**********

bila Allah hendak menduga kita, Dia akan turunkan dugaan itu dalam dua bentuk, kesenangan dan kesengsaraan
dan percayalah, bila Dia menurunkan ujian itu, maknanya Dia yakin kita boleh melaluinya atau memang mampu menggalasanya
La yukalli fullahu nafsan illa wu’aha

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)

beruntunglah bagi manusia yang diuji itu kerana ini bermakna Allah sangat sayangkan dirinya

Thursday, June 16, 2011

kisah blind date

hari ini mari kita kupas kentang mengenai 'blind date' pergghhh kupas topik.. tah tahaannn kau! muahahaha

korang pernah blind date tak? adakah orang yang korang jumpa sama spt org yang korang harap kan?? hihihihiihi >__<

sebenarnya kan mcm ni, semalam pergi lunch, ada nmpak 1 couple ni sedang blind date maybe.. memula x perasan, tp my boss lah ckp! dia org pertama perasan sbb nampak sebok lah sms, memula si teruna mcm mencari2 lps tu si dara pulak, padahal depan mata je....  dah teruna keluar dr restoran lps tu masuk blk, jmpe perempuan itu.. yess mereka berjumpa akhirnya! sah2 lah blind date kan kan kan?? ke sbb mamat tu rabun?? so td memula x perasan?

serius, saya bukan nk kutuk, tp turut berasa simpati kat orang2 yang blind date tp akhirnya kecewa, bila jumpa tak spt yang diharapkan.. @__@ mcm tu jugak peristiwa couple kat ats tu, serius kasihan sbb mamat tu berumur gila.. agaknya kenal masa chatting mamat tu ehh mamat or pakcik? pakcik tu guna pic siapa eh? budak perempuan tu muda lagi rasanya... okey, tp kalau dah jodoh tiada siapa boleh menolaknya bukan?? ehemmmmm

saya jugak pernah buat blind date ni.. sekali je if i'm not mistaken...<<-- kalau berkali2 nampak mcm perempuan gatal tak?? hahahaha ok betul pernah sekali jer... >__<
masa tu sebuk dekat myspace.. ingat tak myspace? sekarang org dah tak main dah.. org sebok lah dekat FB!
saya letak profile pic bluurr gile.. rasa itu lah gambar paling cantik menarik kebaboomm, so bajet cute gila org tgk walaupon dlm keadaan blur samar-samar.. hihihihi
so TERberkenalan dgn mamat ni.. selalu sembang, so bila sembang tu eksited gila babi.. berbunga2 perasaan mekar setaman! masa tu budak2 lagi.. tak laa budak sgt.. dah belajar kat unibersiti.. tp jiwa baru nak naik kn.. ewaahhhhhh <<--- tipu! huahuahua
sampailah suatu ketika memang tekad nak jumpa.. ehh tp mamat tu letak gambar! ada rupa! pelajar u jugak!
so kitorang deal satu tempat.. dekat dengan hostel, dia dtg pepagi konon nk brekpes sesama walaupon duduk jauh dia sanggup! tu diaaaaa... dia pesan suruh bawak kawan.. mmg lah.. xkan nk pergi sorg! gila kau! hahahahaha
so far bila 1st time jumpa org sama spt gambar! nasib baik x kena tipu.. hahaha so perhubungan terjalin disitu.. sempat melakar bibit2 cinta! ewaahhh tapi jodoh tak panjang... memasing dah ada keluarga sendiri.. tp dia ttp saya ingat... kami tak pun bermusuh, boleh berkawan spt biasa... ehhh pesanan kat dia, kalau lah awak terbaca, ingt tak memory perjumpaan kita?? hahaha <<<--- mampus haku!

itu lah pertama dan terakhir saya blind date! yang lain cinta pandang pertama! matilamaakkkkkk~~~

berbalik pada budak tadi, apalah agaknya kesudahan dia kan?? sibuk betul kau ni! haiihhsssss

Tuesday, June 14, 2011

menu hari ini..

makanan lagi....
harap bersabar.. sementara tengah mood rajin nk memasak ni kan.. huahuahuahua >__<

okey, serius saya cakap, setiap kali lepas saya memasak, then pokcik z makan, lepas tu dia puji pulak, saya rasa puas sangat2.. saya rasa happy.. terus rasa mcm bersemangat je nak masak itu ini..
saya bukan lah jenis yang pandai memasak or rajin memasak or apa2 saja.. masak pun ikut mood, ikut tekak, ikut tangan nk campak apa saja... so pepaham lah.. kenkadang tu jadi kenkadang tu boleh campak terkurang rasa itu ini.. adeehhhh T__T

dapat laki pulak jenis yang x byk songeh.. apa saya masak, dia sumbat je.. tgk lah badan! huahuahua lepas tu sekarang ni, dah tak main dah beli2 kat kedai tomyam or beli nasik goreng apa benda pon.. tak kira lah weekdays ke weekend ke, sebulan berapa kali je makan kat luar.. kalau balik kerja, belum sampai rumah, dah dia tya "yang yu nak masak apa arini" hishhh nak tak nak mak kena masuk dapur jugak masak! tak kira lah sesimple mana, dia nk jugak bini dia ni yang masak.. ikan bilis pon boleh! okeh, itu saya suka..sbb saya mmg pemalas!

kenkadang org tanya jugak... korang duduk berdua pon nk masak bagai.. beli sudah... ye... mmg pon patutnya gitu lah kan! hahaha tp x boleh! pakcik sorg ni, lagi suka kan bini dia masak.. lagi pun dia jenis mentekedarah pemakan..  kalau beli2 ni dia rasa dia tak kenyang! so ai terpaksa masak yuoolsss! T__T

haa lagi satu... kalau saya masak ayam, saya dah kira sesiap.. sekali masak 6 ketul! dahhh.. kalau beli mampus nk beli 6 ketul! fengsan!! pakcik sekali makan 2 ketul.. kalau makan siang ngn makan malam, dia sorg je dah 4 ketul kan? so lagi 2 tu ai lah punyaa.. huaahuaaa.. sama jugak dgn ikan.. sekali masak 4-5 ekor! hahahahah terkejut???

ini ahad lepas punya lauk pauk.. mood rajin, jadi buat kari ayam! kalau malas, ikan bilis goreng jer! tp selalu weekend masak berat2.. weekdays je kerap masak sardin or ikan bilis tuh.. janji masak kan.. muahahaha T__T

kari ayam + tauhu cina yang kembong2 tuh... hentam je lah!

udang 3 rasa! ehh yeke??? ni pon hentam jugak!

ini sayur goreng lah kan.. sayur rangup!

heh bila rajin, siap ada jus tembikai laici! i tell u kalau time rajin.. lengkap okeh!
sekian, selamat menjamu selera.. ehh lapa lah....

Monday, June 13, 2011

crepe with chicken...

jangan tak percaya...
aku adalah stok rajin nak mamps sejak dua menjak kebelakangan ini.. phhffttt >__<
tak pecaya lagi?? meh tengok apa makcik sekor ni kerjakan di pepetang sabtu....

mana tak terkejut kan tetiba ada sesi meminum petang.. kalau tak, jangan harap... mkn tgh hari pon belom tentu... huahuahuahhua T__T

hari jumaat tu ada belek2 blog masak memasak, nampak dia buat lebih kurang cenggini.. mcm sedap, meh aku cuba pulak... tp rupa paras dia dah tentu2 lain.. huahuahua jangan tanya kenapa! lepas tu orang tu kata masak cenggini inti dia, aku ikut bedal tekak selera aku je lah! janji benda tu masak tak sakit perut kira dah okey sangat dah.. >__<

kulit luar dia tu mmg aku penah buat sebelum ni, mkn ngn eskrem ngn pisang.. ewahhh.. aku mmg setat suka mkn crepe ni masa kat phuket dulu.. selera sungguh kalo nmpak ada org jual crepe ngn pisang! pasti nk beli..  so sekarang, aku dah boleh buat sendiri! jangan jeles! tak payah sesebok nk g phuket lagi.. boleh jimat!

tp untuk menu kali ni, payah lah nk ckp sebab aku main hentam saje... keh keh keh.. dah rupa kuih gulung dlm isi ayam pon ado... ehh tp sedap tau! serius!! ehh perasan tak, tiap kali aku tayang menu aku masak, mesti aku sendiri kata sedap.. huahuahuha.. lantak aahh kan.. memang sedap pon!

resepi crepe meh sini tepek sini sikit.. esok2 boleh buat lagi.. senang nak mapus, sedap oowwhh kalo letak pisang ngn sos cekelat! ehh ehh mkn ngan buah stoberi serta whipping cream dan eskrem pon sedap... tapi kalo demok, aku x salah!

tepung gandum secawan
telo sebutir
esen vanila setitis
susu segar secawan

inti?? pepandailah masak cane korang suka.. aku tumis bawang, cili, rempah kari daging, ayam cincang, gaul ngn tomato dadu serta bawang holand dadu.. dah kira sedap sgt dah tu... huahauahuahua T__T

dah selamat mencuba! sekian jenjalan didapur sendiri! ewaaahhhhh

Friday, June 10, 2011

perempuan... jangan kau ratapi diri kerana dia

today saya datang with some tips...
wahh tetiba tips kau... 
sebenarnya nk bg nasihat khas utk seorang kawan yang sekarang ni mcm ada masalah besar dlm hidup dia..  selalu saya dah nasihatkan dia, tp takut dia lupa, jadi dia boleh baca ini...

disebabkan aku sayangkan kau, jadi aku tak jemu-jemu lah nak bagi nasihat kat kau... pelis jangan menangis lagi.. cukup lah airmata yang kau keluarkan untuk seorang lelaki.. simpan sikit dimasa depan utk occasion lain yang lebih bermakna...


follow this insyallah it will help you enough..please darling.. stop remembering and stop thinking about apa yang dia buat kat kau...

please..please jangan terlalu meratapi apa yang dia lakukan.. kau terlalu sedih sampai terbawa-bawa kemana saja kau pergi.. dlm hati kau segala-galanya dia.. stop thingking that way... smpai tak makan dan tak tidur... apakah kau fikir dia pon tak lalu makan dan tak tidur hanya semata-mata fikirkan relationship korang? kalau kau fikir mcm tu, u're totally wrong sayang! lelaki ni emosi dia lain.. dia tak fikir benda2 serabut mcm ni.. tambah-tambah dia yang mulakan buat hal..  cuba kau tengok betapa seleranya dia? berpinggan-pinggan dia makan! siang malam cergas nya bukan main lagi.. kau jugak yang akhirnya lesu tak bermaya.. wake up! wake up! 

kenapa masih nak bagi dia peluang padahal berkilo-kilo dia menipu kau... once dia dah ckp its over between you both, tanamkan semangat, cekalkan sikit hati.. jangan lah tunjuk kau terlalu lemah... terima segala kata-kata dia as satu cabaran. 

masa ni jugak lah untuk kau luaskan pergaulan, pemikiran kau, jangan hanya duduk baring atas katil smbil tengan atas dahi melelehkan airmata.. fikir apa salah kau, kenapa dia buat begini, sampai bila dia akan kembali pada kau... kau tak kan jumpa jawapan itu.. percayalah...
keluar... keluar lakukan segala aktiviti yang terhad masa dengan dia.. keluar bersama rakan-rakan lain, luaskan pandangan, bergaul lah dengan sesiapa sahaja yang boleh buat kau ketawa.. atleast kau akan lupakan dia sementara waktu...

kalau betul-betul dia dah campakkan kau...,

Don't be so naive as to believe that you will never love anyone as much as you love him.. bila kau fikir mcm tu..sampai mampus kau akan terkenangkan dia..what for? orang yang tak pernah menghargai kau dont deserve to be remember!!

think positive way.. sentiasa lah anggap jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Allah.. kau ratapi mcm mana sekali pon, kau buat lah mcm mana utk selamatkn hubungan korang sekali pon, kalau DIA kata he's not for u, maka tak jadi lah ia...

i know it is very..very..very hard and hurt..but please..kita jangan pernah menjadi hamba cinta..kita jangan pernah sedih dan ingat orang yang xpernah ingat kat kita..

jangan fikir kenapa dugaan ni dtg pada kau.. sentiasa ingat setiap dugaan yang Allah turunkan pd hambanya, dia tau hambanya itu mampu memikul dugaan tu... dia turunkan dugaan supaya kau dpt berfikir serta sentisa ingat padanya.. insyaallah, mungkin kau akan dapat yang lebih baik dari sekarang.. percayalah.... 

last but not least, aku sayang kan kau, sayang kan kawan2 aku.. suka kah aku bila tengok salah seorang dr kawan2 disisi hanya meratapi diri, meratapi nasib mcm ni ?? tolong lah kembali pada realiti, kuat kan hati cuba cakap pada diri sendiri mcm ni "if u wanna go, just go.. don't come back..i don't need anyone who doesn't need me -nbl-"

sekian ceramah petang ini... :) i love u guys!!~~

giveaway "pink vintage"

yeaayyy ada giveaway~~~
gigih join sebab kak bee tag... tak lah sebab hadiah dia sangat suweet~~ aauuwwwww
berjaya atau tidak tak tau lah yer.. harap2 berjaya lah.... huaaaa :(

nak join jugak?? meh tgk syarat simple, dan mudah semuadah ABC.. ewaahhh bodek pink vintage neh..

syarat2 WAJIB yg mesti dipatuhi oleh setiap blogger:

1. jadi follower pink vintage di blog ini - DONE
2. add link http://pinkcraftheaven2.blogspot.com/ di blog list anda - OKEY, ADA KAT TEPI TU HA... :)
3. tag 5 org yg anda kenali utk join GA ni LIST SPT DIBAWAH :

4. tinggalkan jejak di ENTRY ini SAHAJA.. shoutbox tak aci k? DONE

siapa-siapa nak join boleh kelik sini

hadiah yang suweet ituw?? ehemm eheemmm 


haaa tu diaaaa....

kepada owner pink vintage, undilah saya! HAHAHHA

bai!!!~~~~

Thursday, June 9, 2011

crabstick popia

harap perut jangan lapar sebab kau baru disumbatkan dengan sepotong kek... ohhh lemak selamat datang!

last weekend giler ah terlebih rajin... sebab banyak masa percuma, lalu keluarkan crabstick dengan kulit popia.. dah sebulan lebih beli tapi x usik.. mmg plan nk buat sesuatu yang sedap spt dibawah nnt.. huaaaa

so gigih buat sampai hampir doploh bijik..ehh lebih lah dr doploh.. kau tak pandai kira metematik yeah... konon buat lebih nnt boleh jadi frozen... yess tepat sekali! dikala lapa boleh keluarkan dan goreng! seee tak payah beli frozen food diluar yang belum terjamin kebersihannya! ewaaahhhhh

hasil??? superb! sumpah tak tipu.. sedap.. jadi suka, so lepas ni crabstick dengan kulit popia adalah barang wajib dlm list pembelian jimat di tesco setiap awal bulan! sorgaaaa....

nak saiz apa?? xs, s, m, l, xl, xxl.. suma adaaa huahua
anda boleh cuba jugak... senang simple, mudah, sedap mabeles... budak2 mesti suka neh.. ehh yang tak budak pon suka jugak...

sekian, jalan-jalan cari makan di dapur sendiri! awesomeee~~

Wednesday, June 8, 2011

saya sayang mak saya jugak... ehh ayah pon!

pagi ni agak lapang sikit kan, so saya bukak belog awal2 pagi... then terbaca lah ehh bukan terbaca, mmg selalu saya akan baca entry mama TiaMia ni... kalau ada new post cepat2 tengok...

entry mama TiaMia pasal terima kasih sampai mati.. especially dedicated to her mum.. serius touching okeh... aku kan gile sensitip... mula laa tuh... T___T muahahaha

suddenly.. ecehhhhh
saya teringat my parents kat rumah..... how r u mummy n dedi? hope u're doing well.. adehhh tetiba speaking...
tiada siapa pon kat dunia ni tak sayang parents dia kan? tp saya tak faham kenapa ada anak yang sanggup tinggal kan mak ayah dia kat rumah-rumah kebajikan, sanggup abaikan mak ayah... semoga saya dijauhkan dengan sifat2 begitu...

saya mengaku bila dah kertu dewasa ni, saya jarang jugak beri perhatian kat mereka.. bukan tak beri langsung.. dah kurang lah sentuhan, pelukan dan ciuman..
saya mula duduk asing since saya 14 tahun.. sekolah asrama, then pergi belajar, sampai lah saya kerja and kahwin.. jadi masa saya bersama mama n abah terhad sangat..

kalau boleh saya teringin sangat nk senangkan parents saya.. tak nak bagi diorang kerja teruk2, adik2 biar saya tanggung.. tp saya tak mampu.. saya bukan lah senang sangat.. setakat bulan-bulan boleh lah saya bagi sikit2.. itu pon kadang2 terskip jugak.. T__T ampunkan daku..

bila tengok orang lain bercuti beramai-ramai, saya tau, parents saya teringin nk pergi jugak... tp manakan saya mampu nak angkut semua pergi jauh2... setakat dlm malaysia ni insyaallah... . adik2 saya semua kecik2 lagi.. semua masih bersekolah...kalau masing2 dah kerja nnt harapan saya agar kami adik beradik dapat laa senangkan hati mama n abah kita.. bawak derang pergi melancong.. belikan apa saja yang mereka nak..kan.. kan... kalau sekarang hanya saya seorang bekerja.. sumpah saya tak mampu...  T__T

apa2 pon saya nak ckp, saya sayangkan parents saya, adik2 saya, keluarga saya, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kami seisi keluarga.. semoga saya juga tak lupakan keluarga saya jika saya senang kelak..insyaallah...

hero-hero di hati saya.. adik2.. eh ada incit suami jugak lah kat situ.. auuwwwww i like

ibu.. ibu.. engkau lah ratu hati kuuuuu

wanita dlm keluarga bahagia... ewaaahhh
 okeh.. teremosi pulak sekarang ni.. sobb sobbbb
baiiiii.. tata...

Tuesday, June 7, 2011

fenomena "nora elena"

mesti korang tau kan sekarang cerita nora elena sedang hangat di tayangkan kat tivi 3 kul 7.00-8.00 mlm kan... sape tak tahu.. gile ketinggalan aahh korang... nasihat pergi youtube sekarang! huahuahuahauhua

now, i rasa cerita nora elena ni mcm satu fenomena.. mana-mana pon orang sebut2... hairan... memula dulu saya tak tengok gak... stat tengok dah episode ke 8 rasanya... kendian layaaannnnn.. hari2 nak balik awal.. ntahapahapa.... T_____T



okey serius ni... saya rasa saya pon mcm x boleh nk skip langsung cerita ni.. kurang asam betul... asal pukul 5.30 je nk cecepat balik rumah.. takut x sempat! hahahahaha lps tu hubs saya siap ckp lagi... ni kereta banyak ni sebab semua org kejar nak blik awal tgk nora elena jugak agaknya... muaahahahahaha apa2 je laah kan.. janji aku smpai sebelum kul 7! lambat aku tarik muka! huahuahua

kat office pon sama.. tak habis2 nora elena.. adeehhhh.. siap tengok kat you tube memana eps yang tertinggal... tu belum termasuk sesi bercerita.. padahal semua dah tgk smlm, tp still nk cerita sambil feeling2 romantik, eeehhhh sukaanyaaa semalam seth mcm ni, mcm tu.... ooiiii kembali pada realiti... itu hanya watak lakonan laa wehhh...adeehhhhh
itu belum lagi smpai tahap meroyan sambil berangan .... "kalau lah aku nora elena.. then seth..." hahahahhahaha kesiannn (okeh ini termasuk diri saya.. so saya kata utk diri saya jugak.. hahaha)

dulu2 nur kasih kan jadi fenomena kegilaan mcm ni, and now nora elena pulak.. rasanya lepas ni, banyak laaa pengarah2 drama buat drama based on cerita novel... haihhhh okey kita tunggu nora elena the movie.. ehh ada ke?? pepandai je kau!

p/s : ehh ehh sape ada novel kasih yang suci?? nak pinjaammmmmmmm~~~ T___T gigih cari kat bookstore tp x de.. kalo dapat, nk balut cecantik.. sayang! hahahahaha

Wednesday, June 1, 2011

garden lifestyle store n cafe..

bila dah termula cerita pasal makanan, banyak pulak episode pasal makaaannnaaaan je...
pelik tau! huahuahuahua.. kau sendiri cerita, kau sendiri nak pelik.. adeehhhhh

last 2 days kan hari ulangtahun kan.. so tak tahu nak celebrate kat mana, jadi 2-2 pon kerja! hahaha patut ambil cuti, pergi makan angin lah... takpe next year je! so lepas kerja harus lah pergi memakan...

dlm kepala hots ni mmg dah pk nk pergi tetempat yang cool, tenang, sambil bunyi kicauan burung2.. sambil tu boleh laa ai pegang tangan yu, yu usap jari jemari ai.. sambil jugak imbas2 kembali memori daun pisang, kenangan2 manis sesama masa memula kawin dulu.. di saat akad nikah mcm mana hepinya muka kau dan aku.. humaannghaaaii 
so, berjaya pergi Garden Lifestyle Store & Cafe for dinner... mmg tempat dia super cool, duduk bebawah rimbunan pokok bunga artifical tu haaa, sambil dengar muzik selow2, cahaya deam, burung elektronik berbunyi2.. waahhh romantik sungguh! jadinya, berjaya lah disitu senyum2 manis, cerita memori lelepas tu... maluuu tau ai.. memerah muka! ***winkkk *winkkk

mesti nak tunjuk menu punya kannn... krrukkk kruukkk ------> lapa! T__T









dah tgk gambar?? teringin?? nak pergi?? sila lah terjah memana Garden cafe yang ada.. serius terasa dihargai romantikk, sayu, pilu... aarghhhhh

harga tak de lah smpai mahal nak mamps.. sedang2 elok.. yang penting suasana best utk menyulam kasih... huahuahuhaua

mood minggu ini adalah mood romantik kendel lite dinner je.. pengsan! T____T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...