Tuesday, March 13, 2012

kebaikan minum air putih / air mineral / air masak

okey jum hari ni kita share sikit info pasal air masak, or air mineral, or air putih.. eeuuwwwwwww dah pandai bagi info dan tips.. jangan muntah  yer.. hikkkssss 

disebabkan aku pon baru baca, baru tau padahal org lain dah lama pon tau, aku ttp jugak nak share ngn korg.. sape tak mau dengar tekan butang pangkah kat atas..

actually dr kecik lagi mmg kita dah sedia maklum pasal minum air putih ni kan? baik utk kesihatan, kena minum 8 gelas sehari.. tp kan, korang buat tak? aku tak buat owwhh.. lepas aku baca info ni minggu lepas terus aku buat! heeeeeee... ok lah kan dari baca tp x buat langsung....

seriously sblom ni aku mmg anti air putih.. sbb aku rasa x best minum air x de kaler.. tak sedap.. asal duduk kat kedai je mesti pesan air kaler2.. tak kesah laa teh o ais pon janji ada kaler.. tak manis pon tak pe.. janji kaler.. lepastu nnt tetua aku sakit.. baru padan muka aku! T_____T kalau kat rumah malas sgt, x minum pon takpe.. pastu org sibuk suh minum air 8 gelas sehari.. aku segelas je air putih sehari.. sbb kalo aku minum 8 gelas sehari aku rasa perut aku kembung.. korang macam tu ke?? ke aku je??  no.. no.. no... jangan buat lagi yeah..

tak payah bebel pepanjang, meh aku share kebaikan air putih...


Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
okey tu je setakat ni 8 sebab yang nyata membuatkan aku dah setat minum air putih 1.5 liter sehari.. hewwhewwww kalo korang rasa malas sgt nk baca elaboration dia panjang sgt, korg baca je point2 dia... tu pon dah boleh paham dah..
sekarang jugak aku rasa air putih ni sebenarnya sedap! saiko!!! hahahahahaha 
nampak sedap je dia minum kan? saiko punya gambar!


lenkali aku bagi info lain pulak.. praktik ni dulu yeah.. baiiiiii nk pergi toilet!!

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Umm umm minum air masak tak boleh tambah berat badan keee :3

    ReplyDelete
  4. wokeh... akan segera diamalkan :) hihihihih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...